Anda Mungkin berminat untuk mengetahui ukuran aura anda dan orang orang yang ada di sekeliling anda? Mahukah anda jika saya tunjukkan cara bagaimana untuk anda mengukur aura seseorang?
Tapi sebelum itu...
Salam Rahmat!
Mungkin ada yang bertanya...apa itu Aura?
Aura merupakan medan tenaga hidup yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ianya juga digelar sebagai gelombang elektro-magnetik jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap.
Pancaran tenaga di luar tubuh ini terhasil daripada proses metabolisme yang terjadi di dalam tubuh sehingga membentuk pancaran gelombang tenaga yang terdiri daripada ion positif dan ion negatif. Sungguhpun sinaran aura yang berbentuk telur raksasa itu tidak kelihatan, sebenarnya ia wujud di persekitaran dan menyelebungi tubuh manusia, haiwan serta tumbuhan hidup.
Aura merupakan “perisai” ataupun “pakaian qalbu” individu.Ianya juga saling berkait dan dipengaruhi oleh interaksi dalaman emosi, minda, spiritual dan tubuh individu.
Sifat aura adalah yang sesuatu tulus, bersih, positif dan harmoni...namun IANYA BOLEH BERUBAH SEIRING DENGAN PERJALANAN EMOSI, MINDA, FIZIKAL & SPRITUAL individu. Fitrah kehidupan insan yang tidak pernah lepas dari dugaan dan cabaran tambahan pula dibesarkan dalam latar belakang serta sejarah yang berbeza menyebabkan ada ketikanya pancaran aura menjadi tidak hormoni, kelam, busuk, bocor dan tersumbat.
Keadaan ini mengakibatkan individu tersebut melalui fasa yang dinamakan EMOTIONAL BLOCKAGE. Lazimnya individu yang berada di dalam keadaan sakit, stress, bimbang, resah, sedih, marah, kesal ataupun terganggu emosi, minda atau ruhaninya mempunyai aura yang tidak sekata warnanya serta ukuran aura yang lebih kecil berbanding individu yang berada di dalam keadaan SIHAT dan SEJAHTERA yang mempunyai warna aura yang seimbang dan lebih besar.
Untuk apa anda perlu mengetahui ukuran AURA seseorang?
- Mengenalpasti kestabilan emosi individu
- Mengenalpasti kejernihan hati serta karisma diri
- Mengenalpasti kewujudan energi-energi negatif dan positif pada individu
sumber penulis: Anis Hj.Anwar
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih dalam silahkan kunjungi disini
http://dowsingrod.anizanwar.com/
Demikian sekedar berbagi salam sukses untuk anda semua