Puasa mempunyai hikmat tersendiri sama ada dari sudut mental mahupun fizikal. Antara hikmat puasa  ialah:
- Menandakan  kesyukuran                                  kepada Allah kerana  nikmat-nikmat yang banyak                                  kepada  hamba-hambanya. 
- Melatih  jiwa supaya mempunyai                                  rasa kasih dan  belas terhadap orang-orang yang                                  susah  menderita. 
- Melatih jiwa supaya bersih                                  daripada sifat tamak, sombong, hasad dan dengki. 
- Melatih  diri supaya bersifat                                  sabar dan tahan  menempuh ujian-ujian dalam perjuangan                                   hidup. 
- Menanam  semangat perpaduan                                  kerana sama-sama  menunaikan kewajipan yang sama                                  itu  dapat menimbulkan semangat perpaduan. 
- Menanam  semangat sama                                  rata dan menjauhkan  sifat beza membeza di antara                                  kaya  miskin, hina mulia, raja dan rakyat kerana                                   sama-sama menjunjung perintah Allah. 
- Melatih  diri supaya mempunyai                                   peraturan-peraturan dan menghargakan masa, kerana                                   puasa mempunyai batas-batas waktu yang tertentu. 
- Membersihkan  anggota-anggota                                  di dalam tubuh dari  daki-daki dan lemak-lemak                                  makanan yang  bekerja sepanjang tahun. 
- Memberi  kerehatan kepada                                  alat-alat di dalam  tubuh, terutamanya alat pengisar                                   makanan yang bekerja sepanjang tahun. 
- Memberi peluang untuk memperbanyakkan amal ibadat, kerana bulan ramadhan mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada bulan-bulan lain seperti Lailatul Qadar dan sembahyang tarawih.
Sumber Rujukan:
1.Hamil @ Amir Abdul Hameed & Mohd Shukri Othman, 2008, Pendidikan Islam, Sasbadi.,
 Dari asal Labels: Hikmah  Puasa 
