Peta konsep ini dapat memberi panduan dalam mengikuti tajuk Ibadah Puasa dengan mudah.
Bulan  Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya  selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab  dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin  menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa  beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya. 
 1. Abu Hurairah menyatakan :  Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya  Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan  diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim,  Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 
 2. Daripada Abu Hurairah  daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang  berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan  diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam  Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- 
 3. Abu Hurairah telah berkata :  Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang  bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan  keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis  riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan  Baihaqi- 
 4. Daripada Abu Hurairah telah  berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang  difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa  antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan  penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan)  merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik  kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah  berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku  bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu,  maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda :  Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain  dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya  dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada  jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi- 
 5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat  bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah  bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan  puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah  perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang  menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan  suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya  aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka  perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari  qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan  yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira  dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan  puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn  Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi- 
Sumber rujukan:

